Jenis-jenis bas Bas

Bas Biarticulated (Expresso Biarticulado) di Curitiba, Brazil.Bas ekspres yang diletakkan di Chichen Itza, Mexico.
  • Bas komuter (juga dikenali sebagai bas transit) biasanya mempunyai dua gandar serta dua pintu (hadapan dan tengah). Tempat duduk bas komuter selalunya terhad serta mempunyai ruang untuk penumpang berdiri. Ruang meletak barang juga tidak disediakan kerana ketinggian lantai yang rendah.
  • Bas sekolah juga serupa seperti bas komuter, tetapi disesuaikan untuk kegunaan pelajar sekolah.
  • Bas elektrik yang menggunakan tenaga elektrik daripada bateri.
  • Tram atau bas troli merupakan sejenis bas elektrik tetapi memperoleh bekalan kuasa elektrik daripada talian elektrik bertiang.
  • Bas hibrid atau bas kacukan yang menggunakan gabungan sumber elektrik daripada bateri dengan enjin pembakaran dalaman.
  • Bas ekspres atau koc adalah lebih berat, selalunya mempunyai tiga gandar dengan hanya satu pintu utama dan tiada ruang berdiri. Kerusi penumpang di dalam bas ekspres pula adalah lembut, selesa serta boleh dilaras. Terdapat pilihan antara kerusi penumpang jenis 2+2 atau 2+1. Ketinggian lantainya juga agak tinggi, membolehkan ruang meletak yang besar turut disediakan. Di samping itu, terdapat juga rak kecil di atas kepala bagi menempatkan barang-barang yang lebih kecil. Juga terdapat Bas Ekspres dua tingkat dan Semi Hi-Decker (lantai lebih tinggi dari biasa)